Sunday, 20 May 2012
TECHNOLOGY AND INNOVATION
alat ini merupakan sebuah kerusi automatik yang mempunyai pelbagai fungsi. fungsi kerusi ini adalah untuk dijadikan sebagai tempat duduk, sebagai alas tidur dan alat mengurut. Kelebihan kerusi ini adalah boleh dilipat dan dibuka secara automatik. kerusi ini menggunakan kuasa elektrik dan mempunyai bateri simpanan. sebagai urutan, bulatan yang berwarna biru akan menghasilkan getaran dan mengeluarkan cas-cas elektrik.
lampu keyboard yang canggih ini merupakan satu alat yang dapat mengeluarkan papan kekunci komputer sama ada di atas meja atau di mana-mana tempat sekali pun. lampu papan kekunci yang dikeluarkan juga dapat mengesan sekiranya kita menekan papan kekunci
Honda biasanya lebih terkenal dalam sukan permotoran. walaubagaimanapun, syarikat ini telah berjaya mengeluarkan produk lain iaitu alat bantuan untuk berjalan bagi individu yang mengalami masalah pada bahagian pinggang dan kaki. alat ini sesuai untuk digunakan oleh orang tua yang tidak dapat bergerak dengan sempurna. Alat bantuan ini akan menyokong bahagian belakang pengguna dan pada masa yang sama terdapat DC motor yang dikuasakan oleh litium ion bateri untuk membantu pergerakan penggunanya.
alat canggih ini merupakan kemudahan dalam sistem pendidikan. alat ini mempunyai mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya adalah sebagai pen untuk menulis, mempunyai pemain mp3 serta mempunyai bluetooth dan alat yang boleh memuatkan maklumat seperti rakaman nota-nota dan turut boleh memuatkan lagu-lagu sebagai hiburan. alat ini memudahkan pelajar menulis sambil mendengar nota-nota yang dirakam.
kenderaan beroda tiga ini adalah merupakan kenderaan yang berteknologi hijau dan menggunakan
kuasa elektrik. Kenderaan ini boleh dijadikan sebagai tempat simpan bayi. kelebihan kenderaan ini adalah mempunyai alat kawalan jauh
NapTV merupakan sebuah bangku yang mempunyai skrin rata pada bahagian bawahnya. ianya dibina sebagai dwifungsi iaitu untuk dijadikan sebagai tempat duduk dan juga tempat untum menonton rancangan yang diminati. alat ini dapat membantu pelajar pendidikan khas yang mengalami kurang upaya seperti disleksia dan lain-lain.
kenderaan ini merupakan sebuah kenderaan yang berteknologi hijau yang menggunakan kuasa solar. kelebihan kenderaan ini merupakan daya ketahanan bateri kenderaan ini adalah lama. kebiasaannya ketahanan bateri kenderaan ini adalah selama dua hari.
Senjata berteknologi tinggi ini merupakan senapang yang mempunyai pelbagai fungsi. Kebiasaannya senjata ini digunakan untuk membunuh musuh. walaubagaimanapun, kali ini senjata ini tampil dengan teknologi yang baru iaitu boleh merakan segala pergerakan musuh sama ada dalam keadaan gelap atau cerah.
Glide cycle ini merupakan alat bantuan untuk individu yang mengalami kecederaan pada bahagian kaki atau pun kepada individu yang mengalami masalah kurang upaya. alat ini digunakan untuk membantu individu - individu berkenaan untuk melakukan senaman. konsep binaan dan penggunaan alat ini adalah sama seperti binaan dan penggunaan basikal. Perbezaan alat ini adalah ia digerakkan menggunakan kaki penggunanya sendiri. untuk memudahkan penggunanya, alat ini mempunyai satu bahagian yang di reka khas untuk menampung berat badan mereka. Dengan cara ini, penggunanya berupaya menggunakan kaki mereka untuk menggerakkan glide cycle ini.
Kenderaan ini ialah Smart ForTwo - based Dock+Go concept. Reka bentuknya yang menarik dan kecil akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di bandar. Selain itu, kenderaan ini juga menawarkan satu set roda ketiga di belakangnya bertujuan untuk memuatkan barang dalam jumlah yang lebih banyak. Ini akan memberi ruang tambahan kepada pemandu untuk membawa jumlah barang dalam kadar yang banyak.
Kenderaan ini menggunakan tenaga elektrik. Ianya juga mempunyai bekalan tenaga tambahan. Selain itu, roda ketiga kenderaan ini juga mempunyai bekalan tenaganya yang tersendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)